Seo Services

DNA babi mungkin masa pembuatan coklat

Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya akan membuat lawatan dan pemeriksaan di kilang pembuatan coklat berkenaan minggu ini.

“Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur,” katanya pada sidang media, Isnin.

Siasatan berkenaan akan dijalankan di bawah Akta Makanan 1983.

Sementara itu, pengeluar coklat Cadbury dijangka dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mesyuarat khas ekoran penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat keluaran syarikat berkenaan.

Mesyuarat hari ini membabitkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau syarikat Cadbury untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perkara itu.
DNA babi mungkin masa pembuatan coklat DNA babi mungkin masa pembuatan coklat Reviewed by Admin on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.