Seo Services

Dua beranak rentung dalam kemalangan


Dua beranak maut setelah kereta yang dinaiki merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara sebelum meletup dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Bikam di sini kira-kira jam 6 pagi tadi.

Proton Iswara yang dinaiki seorang wanita bersama anaknya itu dikatakan bertembung dengan kenderaan terbabit yang datang dari arah bertentangan.

Bagaimanapun pasangan suami isteri yang menaiki pikap berkenaan berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat wanita dan anaknya yang rentung dan belum dikenal pasti identitinya itu dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee.
Dua beranak rentung dalam kemalangan Dua beranak rentung dalam kemalangan Reviewed by Admin on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.