Seo Services

Junta tentera umum terima perkenan Raja Thai

BANGKOK: Pemimpin tentera Thailand berkata Raja Thai sudah secara rasmi memperkenankan beliau mentadbir negara selepas pihak tentera merampas kuasa minggu lalu.

Jen Prayuth Chan-ocha berkata, beliau menerima perkenan itu hari ini bagi mengesahkan kedudukannya sebagai ketua kerajaan di ibu pejabat tentera di Bangkok.

Prayuth berkata demikian pada sidang media pertama sejak rampasan kuasa Khamis lalu.

Majlis itu diadakan sehari selepas junta tentera memberi amaran akan menangani bantahan awam terhadap rampasan kuasa itu. - AP
Junta tentera umum terima perkenan Raja Thai Junta tentera umum terima perkenan Raja Thai Reviewed by Admin on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.