PEMAIN prospek Manchester United berusia 18 tahun, James Wilson menjaringkan dua gol dalam penampilan pertamanya ketika membantu pasukan itu menewaskan Hull City 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Rabu.
Kemenangan itu sekali gus mengubat duka United yang tewas mengejut di gelanggang sendiri kepada Sunderland pada Sabtu lalu.
Pengurus sementera, Ryan Giggs melakukan kejutan dengan menurunkan pemain muda, Wilson dan Tom Lawrence dan menamakan dirinya dan Nemanja Vidic sebagai pemain di bangku simpanan.
Wilson bermula cemerlang apabila menjaringkan gol pertamanya selepas menyempurnakan hantaran percuma Marouane Fellaini.
Wilson menjadi pemain kedua United mejaringkan gol kedua pada babak kedua dalam aksi pertamanya selepas Ruud van Nistelrooy melakukannya pada 2001.
Matty Fryatt bangkit menjaringkan gol untuk Hull City pada minit ke-63.
Namun, United mengekalkan penguasaannya di atas padang menerusi jaringan Robin van Persie ketika perlawanan berbaki empat minit.
Selepas selesai perlawanan, Vidic mengucapkan selamat tinggal kepada peminat United pada aksi terakhirnya di Old Trafford.
Malah Giggs turut menyampaikan ucapan penuh emosi yang memberi bayangan bahawa beliau mungkin beraksi pada perlawanan terakhir dalam kariernya.
United akan berkunjung ke Southampton pada Ahad manakala Hull City akan menamatkan saingan musim ini dengan melayan kunjungan Everton.-MStar
Dua Gol Wilson Bantu United Menang
Reviewed by Admin
on
May 07, 2014
Rating:
No comments: