Seo Services

Fu Wa dan Feng Yi, haiwan berprofil tinggi


Kehadiran panda yang dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun itu menandakan fasa baharu hubungan persahabatan yang terjalin sejak 1974. 

Pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi merupakan haiwan berprofil tinggi. Pasangan panda itu pernah dipilih sebagai salah satu ikon Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dan merupakan pengembara berpengalaman yang pernah mendiami beberapa zoo dan pusat-pusat pemuliharaan panda di seluruh China.

 Dilahirkan pada tarikh dan tahun yang sama, Fu wa dan Feng Yi membesar di Pusat Pemuliharaan panda di Wolong China. 

Panda jantan, Fu Wa yang bermaksud anak patung bertuah, lebih ceria dan aktif. Manakala, panda betina Feng Yi pula bermaksud Burung Jentayu yang cantik dan suka bersantai. 

Walaupun kelihatan sama, tetapi sebenarnya Fu Wa dan Feng Yi mempunyai perbezaan yang ketara. Untuk Fu Wa, kelihatan pada muka iaitu tompok pada matanya mempunyai nombor lapan dan dahinya lebar. Feng Yi pula, mempunyai hidung yang agak kecil dan memanjang. 

Fung wa dan Feng Yi bakal mendapat nama baru apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di jadualkan melawat kedua-dua panda itu pada 25 Mei ini. 

Nama baru kedua-dua panda itu telah dibincangkan antara Najib dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dan akan diumumkan apabila pasangan panda itu di pertontonkan kepada umum pada Jun nanti.
Fu Wa dan Feng Yi, haiwan berprofil tinggi Fu Wa dan Feng Yi, haiwan berprofil tinggi Reviewed by uMieySurianie on May 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.