Seo Services

Istilah asas bahan mengandungi khinzir


Isu yang paling hangat diperkatakan kini adalah industri pemakanan iaitu coklat Cadbury yang mengandungi unsur-unsur khinzir dan hal ini telah memeranjatkan semua peminat coklat.

Malah, ramai yang masih tidak faham kenapa pihak-pihak yang tertentu mengambil masa yang begitu lama untuk mengesan pengandungan unsur-unsur khinzir di dalam coklat ini?

Nampaknya, sistem pemantauan sijil halal JAKIM perlu diperkukuhkan lagi dan bukannya satu sijil bahan jenaka semata-mata bagi negara yang bercita-cita untuk menjadi hub halal di mata dunia.

Mungkin ramai daripada Umat Islam tidak mengetahui bahawa label-label yang bertulis "This product contain substance from Porcine."

Sebenarnya bermaksud, "Produk ini mengandungi bahan daripada Babi".

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The source of this gelatin capsule is Porcine", yang bermaksud, "Kapsul gelatin ini diperbuat daripada Babi."

Berikut antara istilah saintifiik yang digunakan dalam produk yang mengandungi bahan-bahan dari khinzir :-

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.

3. Hog : Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar : Babi hutan/liar.

5. Lard : Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk Babi.

7. Ham : Daging pada bahagian peha Babi.

8. Sow : Istilah untuk Babi betina dewasa. (Jarang2 digunakan).

9. Sow Milk : Susu Babi.

10. Pig : Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.


sumber
Istilah asas bahan mengandungi khinzir Istilah asas bahan mengandungi khinzir Reviewed by Unknown on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.