Seo Services

'Janggut', ialah ketampanan sebenar lelaki

 Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Yang hanya membezakan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan sunnah kekal hingga Ke Alam Kubur. Seseorang lelaki akan lebih menyerlah ketampanan dan sifat kelakiannya apabila mempunyai janggut. 

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Terdapat banyak hadis sahih mengenai saranan tersebut. 

 Bagi seseorang yang begelar isteri, disebalik janggut suami mempunyai rahsia pada isterinya. Menurut, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

 Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

 Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna. 

Bagi yang suka simpan janggut dan jambang, kekemasan perlu dititikberatkan. Nabi kita sendiri menjaga kebersihan dan kekemasan janggut.
'Janggut', ialah ketampanan sebenar lelaki 'Janggut', ialah ketampanan sebenar lelaki Reviewed by uMieySurianie on May 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.