Seo Services

Kapal China rempuh bot nelayan Vietnam

HANOI: Sebuah kapal nelayan China dilapor merempuh dan menenggelamkan bot nelayan Vietnam di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian antara negara terbabit. 

Media tempatan hari ini melaporkan, 10 nelayan negara itu terpaksa diselamatkan selepas terjatuh dalam air, bagaimanapun tiada kecederaan akibat insiden itu. 

Akhbar Tuoi Tre dan media lain melaporkan, kejadian itu berlaku kira-kira 30 kilometer dari pelantar minyak milik China di wilayah yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara pada 1 Mei lalu, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan antara Vietnam dan China. 

Vietnam sudah menghantar kapal peronda di pelantar berkenaan dan China pula mengerahkan puluhan kapal untuk melindungi kawasan itu. - AP 

(gambar hiasan)

Kapal China rempuh bot nelayan Vietnam Kapal China rempuh bot nelayan Vietnam

Reviewed by Admin on May 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.