Seo Services

Mah Siew Keong jika menang di Teluk Intan akan ke Kabinet


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik menyertai Kabinet sekiranya menang dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, sebagai salah sebuah parti komponen BN, secara tradisinya Presiden parti itu akan dilantik menganggotai barisan Kabinet.

"Jadi jika Siew Keong menang dalam pilihan raya itu nanti, beliau akan dilantik sebagai anggota Kabinet," kata beliau dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai jawatan tersebut.

Pada pilihan raya kecil 31 Mei ini Siew Keong akan bertanding satu lawan menentang Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang bertanding atas tiket DAP.

Mah Siew Keong jika menang di Teluk Intan akan ke Kabinet Mah Siew Keong jika menang di Teluk Intan akan ke Kabinet Reviewed by Unknown on May 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.