Seo Services

MAS tutup operasi cuma 'rumors'


Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif (MAS), Ahmad Jauhari Yahya sekeras-kerasnya menafikan Malaysia Airlines akan menghentikan operasinya pada 28 Mei ini sepertimana yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak rasmi.

Syarikat penerbangan nasional itu tetap akan meneruskan perkhidmatannya seperti biasa dan tidak akan dihentikan seperti yang dikhabarkan.

"Artikel itu cuma ditulis berdasarkan kata-kata daripada sumber tidak rasmi. Kami beroperasi seperti biasa dan penumpang MAS tidak perlu bimbang." tegasnya melalui satu kenyataan media.

MAS akan meneruskan komitmen untuk kekal kompetitif dengan meningkatkan kegiatan pemasaran supaya terus berdaya saing dalam tekanan pemasaran masa kini.

Menurut beliau lagi, sehingga 31 Disember ini pihak MAS menawarkan harga tiket pada harga kurang 50 peratus kepada orang ramai untuk penerbangan segera di Pameran Perjalanan Malaysia Airlines (MATF) yang akan datang - sarawakiana
MAS tutup operasi cuma 'rumors' MAS tutup operasi cuma 'rumors' Reviewed by Unknown on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.