Seo Services

Anak selebriti terkenal kerja kedai kopi


Meskipun mempunyai ibu bapa yang kaya raya dan selebriti terkenal, Brooklyn Beckham (15), anak sulung kepada pasangan selebriti top dunia, David dan Victoria Beckham dibiarkan bekerja part time di sebuah kedai kopi di barat London.

Ibu bapanya berpendapatan yang dianggarkan bernilai RM533 juta, namun anak kepada pasangan popular Victoria dan David Beckham iaitu Brooklyn telah diajar untuk berdikari.

Brooklyn Beckham telah diasuh untuk menghargai nilai wang apabila dia perlu bekerja di hujung minggu untuk memperolehi duit poketnya sendiri.

“Brooklyn telah dilahirkan dalam dunia yang serba mewah dan boleh mendapatkan apa sahaja yang dia inginkan tetapi dia bukanlah orang yang sebegitu,”

Menurut sumber rapat dengan keluarga tersebut, pasangan Bekcham itu mahu anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu anak-anaknya mengenal erti kerja keras.

Menurut laporan seperti yang dipetik Dailymail, remaja berusia 15 tahun itu telah mula bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai kopi di London dengan pendapatan kira-kira RM15 sejam.

Oleh kerana dia masih lagi berusia 15 tahun, Brooklyn tidak dibenarkan bekerja melebihi tujuh jam dan harus diberi waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja.

Bayaran yang diterima Brooklyn itu dikatakan yang paling rendah bagi seseorang berusia antara 16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman.


Dia mendapat pujian daripada orang ramai di media sosial kerana sanggup bekerja walaupun hidupnya sudah mewah.

“Saya dan isteri cuba membina keluarga ini dengan memberi teladan yang baik iaitu dengan menunjukkan kepada mereka (anak-anak) akan pentingnya bekerja keras untuk berjaya dalam hidup.” jelas Beckham.

Kisah Brooklyn Beckham ini juga telah menjadi contoh kepada remaja lain.
Anak selebriti terkenal kerja kedai kopi Anak selebriti terkenal kerja kedai kopi Reviewed by Unknown on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.