Seo Services

Hujan Meteor bakal menghujani Malaysia

 Seluruh penghuni Bumi akan berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor buruj Camelopardalis bermula hari ini dan esok. Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar.

 "Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataanya pada 9 Mei.

 Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu. 

Kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada hari ini dan esok. Hujan meteor yang terjadi pada kali ini diprediksi sebagai hujan meteor terbaik pada 2014.
Hujan Meteor bakal menghujani Malaysia  Hujan Meteor bakal menghujani  Malaysia Reviewed by uMieySurianie on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.