Seo Services

Data satelit lokasi MH370 diteliti semula, kata ketua JACC

Ketua operasi mencari pesawat MH370 yang masih hilang mengarahkan semua data pada pesawat Malaysia Airlines dikaji semula berikutan timbul keraguan perhentian terakhirnya adalah di selatan Lautan Hindi.

The Australia hari ini memetik Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston sebagai berkata data yang sudah teliti perlu diperiksa semula.

Houston berkata, beliau yakin penerbangan MH370 terhempas ke dalam kawasan carian semasa, di mana isyarat dipercayai dipancarkan dari perakam penerbangan pesawat yang dikesan bulan lalu.

"Data dan teknik yang digunakan oleh Inmarsat dinilai semula oleh beberapa organisasi di luar Inmarsat, dari United Kingdom dan Amerika Syarikat," katanya kepada media semalam, merujuk kepada firma satelit British, yang data satelitnya dijadikan asas kesimpulan Malaysia pesawat itu berakhir di perairan Australia Barat.

Katanya, Pertubuhan Sains dan Teknologi, Sains Pertahanan Australia akan menjalankan kajian semula yang selanjutnya.

Pencarian besar-besaran di udara dan laut termasuk penggunaan Bluefin - 21, kapal selam canggih, melakukan pencarian rapi pada zon 400 kilometer persegi yang berpusat di sekitar isyarat dikesan.

Bagaimanapun ia gagal menghasilkan sebarang keputusan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencari di keseluruhan kawasan itu, menyebabkan ramai mempersoalkan kesimpulan Inmarsat di mana pesawat itu berada.

Ahli keluarga penumpang MH370 membidas pihak berkuasa Malaysia, dan meminta analisis bebas dibuat terhadap data satelit yang menyatakan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. -TMI
Data satelit lokasi MH370 diteliti semula, kata ketua JACC Data satelit lokasi MH370 diteliti semula, kata ketua JACC Reviewed by Admin on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.