Seo Services

Fu Wa digelar "Fu-Water baby"


Kuala Lumpur – Fu Wa, seekor panda jantan gergasi berasal dari Chengdu berusia lapan tahun lebih suka bermain dengan air dan menikmati masa mandinya dengan lama.

"Jika anda membiarkannnya, ia akan bermain dengan air sepanjang hari," kata Dr Li Caiwu, Doktor Haiwan dari China yang tiba di Malaysia bersama kedua-dua panda itu.

Berlainan pula dengan pasangan Fu Wa, iaitu Feng yi, beliau berkata Feng Yi jenis yang sangat gugup dengan persekitaran orang baru.

"Pada mulanya, ia takut dengan anda tetapi jika ia sudah biasa dengan anda, ia boleh mengenali anda dengan hanya mendengar jejak langkah anda dan akan berjalan ke arah anda," kata doktor haiwan yang akan menjaga kedua-kedua panda kerana mereka masih bayi.

Panda sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru walaupun mereka masih menunjukkan tanda-tanda cemas.

Hari ni mereka lebih baik daripada semalam tetapi kita tetap masih memerhatikan mereka di dalam sangkar mereka terutama apabila mereka mendengar bunyi-bunyi yang tidak dikenali atau melihat orang yang tidak dikenali.

"Mereka belum sepenuhnya disesuaikan kepada persekitaran baru lagi." kata Dr Li yang akan tinggal di sini selama tiga bulan untuk membantu kedua-dua panda menyesuaikan diri.

Dr Li, yang telah bekerja menjaga panda di China selama 10 tahun, katanya beliau menyayangi Fu Wa dan Feng Yi seperti anaknya sediri.

"Saya telah menjaga mereka setiap hari selama tujuh tahun,"

"Mungkin agak sukar untuk saya meninggalkan mereka disini selepas 3 bulan, tetapi saya akan meninggalkan mereka selepas memberi latihan kepada kakitangan disini. Saya perlu kembali ke China dan perlu menjaga panda lain di sana juga," katanya.

Dr Li memeriksa panda tersebut 3 kali sehari untuk memastikan mereka makan dengan baik dan melatih kakitangan zoo dalam penjagaan panda.

Dalam perjalanan yang sangat panjang dari Chengdu ke Malaysia pada rabu lepas, katanya Fu Wa, panda jantan lebih gementar dari Feng Yi iaitu panda betina.

Mereka telah mengembara di China sebelum ini, mereka pergi ke Beijing untuk Sukan Olimpik, jadi mereka tidak begitu takut dalam kapal terbang.

Menurut beliau lagi, panda adalah seekor haiwan yang kuat dan sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

Dr Li hanya tersenyum dan tidak dapat memilih antara kedua-duanya apabila ditanya yang mana satukah pilihan panda yang menjadi kegemarannya.

"Kedua-dua mereka dilahirkan pada masa yang sama dan saya telah menjaga mereka sejak mereka masih kecil lagi. Saya sangat sayang akan kedua-duanya."

Fu Wad an Feng Yi akan dikuarantin selama sebulan di Pemuliharaan Panda Gergasi dan Pameran di Zoo Negara sebelum dipaparkan kepada orang ramai.

Nama tetap panda yang baru akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembukaan tempat tinggal panda pada hujung bulan Jun.




sumber
Fu Wa digelar "Fu-Water baby" Fu Wa digelar "Fu-Water baby" Reviewed by Unknown on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.