Seo Services

MH370: DCA, Inmarsat beri data satelit - keluarga penumpang

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan firma satelit British, Inmarsat memberikan data yang digunakan bagi menentukan haluan pesawat MH370 yang hilang, berikutan gesaan waris penumpang untuk ketelusan.

Waris penumpang penerbangan yang hilang itu berkata, mereka sudah menerima laporan data yang dikumpul Inmarsat dan pegawai Malaysia dan mereka meletakkannya di laman Facebook masing-masing.

Log data komunikasi itu mengandungi 14 bahagian data daripada tujuh 'handshakes' atau pasangan angka, antara pesawat dan satelit, menurut Inmarsat minggu lalu.

Satu angka adalah maklumat masa manakala satu lagi, frekuensi.

Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac lalu ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi ke barat Australia. - Reuters
MH370: DCA, Inmarsat beri data satelit - keluarga penumpang MH370: DCA, Inmarsat beri data satelit - keluarga penumpang Reviewed by Admin on May 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.