Seo Services

Pelumba Moto3 maut dalam kemalangan

 Bekas pelumba Moto Three negara, Husni Aizat Abdul Malik maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.30 pagi Ahad. Ketika kejadian, Husni Aizat, 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Felda Air Tawar Satu. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berkata motosikal yang ditunggang Husni Aizat bertembung dengan sebuah lori muatan 3 tan secara bertentangan selepas terbabas di selekoh tajam. 

Husni Aizat disahkan meninggal duniaketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan berhampiran. Jenazah Allahyarham selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Tawar Satu Kota Tinggi, Johor selepas solat asar di Masjid Jamik Nur Salam di Kampung Air Tawar Satu. 

 Sementara itu, bapa Allahyarham terkilan anaknya pergi tanpa sebarang pesan. “Saya sangat sedih dan tidak menyangka dia pergi meninggalkan kita tanpa apa-apa pesan. Itu yang membuatkan kami sekeluarga sangat sedih” kata bapa Allahyarham. 

 Sebelum kejadian, mangsa bertegas untuk membawa motosikal terbabit ke rumah sepupu mereka ke Pasir Gudang meskipun dilarang beberapa kali.
Pelumba Moto3 maut dalam kemalangan Pelumba Moto3 maut dalam kemalangan Reviewed by uMieySurianie on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.