Seo Services

Dibutakan mata kerana mirip Hitler


Seekor kucing malang telah dibutakan sebelah mata kirinya dipercayai dilakukan oleh samseng hanya kerana mukanya mirip wajah pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Baz merupakan kucing jantan yang berusia tujuh tahun dan mempunyai misai di bawah hidungnya yang menyerupai diktator Nazi itu.


Baz didapati tidak pulang ke rumah selepas hujung minggu yang lalu dan dipercayai berkeliaran di kawasan Tredworth, Gloucestershire.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian jiran Kristy Sparrow menemui Baz didalam tong sampah dan mengalami kecederaan yang teruk.


Sparrow terus bergegas membawa kucingnya itu ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor terpaksa membuang mata kiri Baz kerana matanya rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Sungguhpun Baz kelihatan sepert Hitler, tetapi ia hanyalah seekor kucing yang pemalu dan lembut – Daily Mail


Dibutakan mata kerana mirip Hitler Dibutakan mata kerana mirip Hitler Reviewed by Unknown on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.