Seo Services

Wan Junaidi tidak halang hasrat TERAS jadi ahli BN

 KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menghalang hasrat Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) untuk menjadi ahli Barisan Nasional (BN) mahupun BN-Plus. 

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, Wan Junaidi berkata Sarawak mempunyai pengalaman sedemikian rupa ketika pembentukan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan BN-Plus. 

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada pucuk pimpinan negeri Sarawak untuk menjadikan sesuatu perkara itu menjadi realiti. 

 “Saya difahamkan bahawa TERAS mahu memohon menjadi ahli BN atau menerusi formula BN-Plus. 

“Kita juga mengetahui bahawa BN mempunyai satu konsep iaitu mesti mendapatkan persetujuan untuk membawa mana-mana parti lain ke dalam kumpulan BN. 

 “Pada saya, saya tidak mempunyai masalah untuk ini tetapi sama ada ia akan menjadi realiti atau sebaliknya ia terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Santubong. 

Tambah Wan Junaidi, jika dilihat dari sudut realiti, TERAS mempunyai 11 wakil rakyat, satu kumpulan yang amat besar di Sarawak.

 “Meskipun ada tuduhan bahawa mereka dipilih atas tiket parti yang diwakili sebelumnya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan bukan berlandaskan TERAS, namun ia adalah satu persoalan lain. 

 “Pada ketika ini, ia bukan material, mereka masih wakil rakyat dan masih mewakili rakyat di kawasan masing-masing dan sama ada penerimaan itu betul atau tidak itu persoalan kedua dan pilihan raya akan datang dapat menentukannya,” ujarnya. 

 Dalam dunia politik kita yang demokrasi, mana-mana individu berhak menubuhkan parti yang ingin ditubuhkan mereka. 

 Kerajaan dan dari sudut undang-undang tiada halangan untuk penubuhan parti-parti baharu asalkan perjuangan mereka jelas untuk rakyat, tambah Wan Junaidi.-Utusan Borneo
Wan Junaidi tidak halang hasrat TERAS jadi ahli BN Wan Junaidi tidak halang hasrat TERAS jadi ahli BN  Reviewed by uMieySurianie on May 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.