Memang tabiat berhenti merokok terutama bagi perokok tegar amat sukar sekali. Tidak dinafikan kalau ditanya pada mereka yang menghisap rokok, kebanyakkan akan memberikan seribu alasan dan paling famous ialah susah, payah, sukar, tak boleh dan macam-macam lagi.
Peningkatan harga rokok agak tinggi juga. Dengan peningkatan harga rokok, mudah-mudahan lebih ramai lagi akan menjadikannya sebagai titik permulaan untuk berhenti merokok. Merokok tu bukan sekadar membazir duit tetapi ianya juga membahayakan kesihatan. Buat apa bazir duit untuk merosakkan kesihatan sendiri dan insan-insan tersayang yang sentiasa berada di sekeliling anda.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara berhenti merokok yang boleh kita usahakan bagi mengawal diri untuk tidak merokok.Sememangnya ianya bukanlah proses yang mudah tetapi jika kena caranya anda akan dapat menghilangkan tabiat merokok secara perlahan-lahan.mari kita lihat bersama-sama petua berhenti merokok
1. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
2. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
3. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
Jangan terperdaya dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.
4. Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk.
5. Dapatkan Sokongan
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
6. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya
Tiada siapa yang boleh merubah diri anda kecuali diri anda sendiri. Kerana anda yang menentukannya. Bebaskan diri anda dari rokok berbahaya.
Petua Berhenti Merokok
Reviewed by Admin
on
May 05, 2014
Rating:
No comments: