RECIFE - BRAZIL. Seorang penyokong bola sepak maut apabila dibaling mangkuk tandas ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Arudda di sini, kelmarin.
Polis berkata, kejadian berlaku di antara penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan antara Santa Cruz dan Parana berakhir dengan keputusan seri 1-1.
“Pergaduhan tercetus selepas penyokong fanatik menanggalkan tiga mangkuk tandas dan membalingnya ke arah penyokong lawan,” katanya kepada AP.
Menurutnya, satu daripada mangkuk tandas itu kemudian terkena kepala mangsa, Paulo Ricardo dan beliau maut di tempat kejadian.
Seorang penyokong bola sepak maut akibat dibaling mangkuk tandas
Reviewed by Unknown
on
May 05, 2014
Rating:
No comments: