KABUL - AFGHANISTAN. Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengumumkan hari berkabung, sehari susulan tragedi tanah runtuh mengorbankan lebih 2,000 nyawa di kampung Hobo Barik, Argo, wilayah Badakhstan, timur laut negara itu, kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Karzai meminta semua penduduk dan institusi pentadbiran mengibarkan bendera separuh tiang lapor Afghanistan Times.
Beliau juga menyeru semua pihak membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang serta menghulurkan bantuan kepada mangsa terselamat.
Sementara itu, Gabenor Badakhshan, Shah Waliullah Adeeb berkata, sehingga hari ini pasukan menyelamat masih menjalankan operasi SAR, namun ianya sukar dilakukan kerana peralatan dan jentera yang tidak mencukupi.
“Tapak tanah runtuh mungkin dijadikan sebagai kubur dan upacara pengebumian besar-besaran sedang dirancang,” katanya.
Ketua Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kabul Aidan O’Leary berkata, usaha Sar berhadapan kesukaran kerana peralatan terhad dan faktor cuaca.
“Amat mustahil untuk menyelamatkan lebih dua ribu mangsa namun operasi Sar tetap diteruskan,” katanya.
Tragedi tanah runtuh korban lebih 2,000 nyawa - Afganistan berkabung
Reviewed by Unknown
on
May 05, 2014
Rating:
No comments: