Seo Services

Ratu cantik 'pondan' di KL


Bagaimana satu pertandingan ratu cantik pondan yang disertai dan diadili oleh orang Islam boleh diadakan di ibu negara?

Sedangkan kita tahu bahawa sejak beberapa tahun lalu, umat Islam dilarang untuk menyertai sebarang pertandingan ratu cantik.

Malah rakyat Malaysia sendiri masih belum terbuka sepenuhnya apabila berbicara mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sehingga menyebabkan banyak penganjuran forum-forum bersifat akademik berhubung isu berkenaan dibatalkan atau diharamkan oleh kerajaan.

Jadi, bagaimana pula sebuah pertandingan 'sampah' yang melibatkan golongan tersebut boleh terlepas begitu sahaja tanpa diambil tindakan mahupun dihalang oleh pihak berkuasa?

Semalam, pertandingan ratu cantik bagi pondan-pondan bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai Miss Jumbo telah diadakan di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Klik SINI untuk video

Apa yang mengejutkan, pertandingan yang menampilkan lelaki-lelaki berpakaian wanita itu telah diadili oleh tiga artis terkenal iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, penyanyi Atilia Haron serta Noniswara.

Atilia juga melalui beberapa posting di Instagram turut berkongsi kemeriahan pertandingan yang diadakan dengan penuh glamor dan gilang-gemilang itu.

Selain Atilia, banyak gambar-gambar semasa pertandingan tersebut berlangsung turut bebas di paparkan di laman-laman sosial yang lain.



sumber
Ratu cantik 'pondan' di KL Ratu cantik 'pondan' di KL Reviewed by Unknown on May 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.