Seo Services

Tentera Thailand rampas kuasa bagi mengelak konflik berpanjangan


BANGKOK- THAILAND. Tentera Thailand melakukan rampasan kuasa hari ini setelah pihak yang bertelagah gagal mencapai kata sepakat tentang cara untuk menamatkan pergolakan politik yang berlarutan di negara ini selama lebih setengah tahun.

Panglima tentera Thailand Jen Prayuth Chan-ocha mengumumkan perkara itu melalui televisyen tengah hari ini.

Menurut laporan media tempatan, Jen Prayuth mengemukakan cadangan tentang cara untuk menyelesaikan konflik politik di negara ini, termasuk pengunduran kerajaan sementara, tetapi ditolak.

Pemimpin tunjuk perasaan daripada kumpulan yang menyokong dan menentang kerajaan juga ditangkap.

Pihak bertelagah yang bermesyuarat di Kelab Tentera Darat sejak dua hari lepas gagal mencapai persetujuan berhubung penyelesaian terhadap konflik politik yang melanda Thailand.

Kerajaan sementara dan kumpulan penyokong kerajaan dikenali sebagai Baju Merah, yang yakin mencapai kemenangan melalui peti undi, mahu pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

Kerajaan sementara, yang enggan berundur untuk memberi laluan kepada pembentukan Kabinet berkecuali, mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya agar pilihan raya umum diadakan pada 3 Ogos.

Bagaimanapun, pembangkang dan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat mendesak kerajaan sementara berundur dan perdana menteri baharu yang berkecuali, dilantik.

Mereka juga mahu pembaharuan dilakukan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Bagaimanapun, keadaan di ibu negara Thailand ini, tenang.

Panglima Angkatan Tentera Thailand mengumumkan tentera mengambil alih pentadbiran bagi mengembalikan kestabilan selepas keganasan dan kebuntuan krisis politik tercetus sejak enam bulan lalu.

Panglima Prayut Chan-O-Cha berkata, pengambilalihan kuasa itu perlu bagi mengelak konflik berpanjangan.

“Bagi mengembalikan kestabilan dengan segera, Jawatankuasa Mengekalkan Keamanan Kebangsaan iaitu Angkatan Tentera Thailand, Tentera Udara Diraja Thailand dan polis mengambil alih pentadbiran bermula hari ini, 22 Mei (semalam) pada jam 4.30 petang. Semua rakyat mesti bertenang dan pegawai kerajaan mesti bekerja seperti biasa,” katanya kepada akhbar Agensi.

Bagaimanapun rampasan kuasa itu tidak menjejaskan hubungan diplomatik.

Langkah itu diambil selepas tentera gagal capai kesepakatan dalam rundingan dengan parti-parti politik untuk meredakan protes jalanan di Bangkok.

Sementara itu dalam pengumuman dari masa ke semasa, tentera mengisytiharkan perintah berkurang mulai jam 10 malam hingga 5 pagi dan mereka dilarang berkumpul melebihi lima orang.

Semua stesen radio dan televisyen diarah menggantung beberapa program.

Selain itu, Perlembagaan digantung dan semua menteri Kabinet diarah melapor diri dengan tentera.

Ia adalah kudeta ke-12 sejak pemerintahan beraja pada 1932.

- Bernama
Tentera Thailand rampas kuasa bagi mengelak konflik berpanjangan Tentera Thailand rampas kuasa bagi mengelak konflik berpanjangan Reviewed by Unknown on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.