KUCHING, 26 Mei (Bernama) -- Tiga kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dikerah memantau dan menilai keadaan di perairan Tanjung Datu, Lundu, kata Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit.
Bagaimanapun, beliau berkata ketika ini, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung proses dan prosedur operasi itu kerana ia di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Tiga kapal yang terlibat ialah KM Bijak, KM Semilang dan KM Siagut dengan kekuatan jentera seramai 55 pegawai dan anggota penguat kuasa," katanya ketika dihubungi Isnin.
Ismaili diminta mengulas operasi di perairan Tanjung Datu selepas Indonesia mendakwa Malaysia menceroboh perairan negara itu.
-- BERNAMA
Tiga Kapal Maritim Malaysia Pantau Perairan Tanjung Datu
Reviewed by Admin
on
May 27, 2014
Rating:

No comments: