Seo Services

YB Fatimah gesa supaya orang ramai "jaga tepi kain orang lain"


KUCHING - Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, kes penderaan kanak-kanak melibatkan pelbagai bentuk seperti fizikal, mental, seksual malah ada yang membawa kepada kematian.

Oleh demikian, beliau menggesa orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki atau mendapat maklumat mengenai kejadian dera melibatkan golongan kanak-kanak yang berada di kawasan sekeliling.

Katanya, perkara tersebut merupakan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun agak mustahil untuk kakitangan agensi berkenaan bertindak sekiranya tiada laporan dibuat.

"Secara fitrahnya, anak-anak merupakan tanggungjawab kepada setiap ibu bapa iaitu menjaga dan membesarkan mereka dengan sebaik-baiknya.

"Namun, hari ini keadaan itu telah berubah apabila mangsa dera itu terdiri daripada anak sendiri malah terdapat beberapa kes dera dilakukan oleh keluarga terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ahli keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tabuan Drahman, Jalan Foochow di sini hari ini.

Fatimah diminta mengulas mengenai kejadian kanak-kanak yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana dipercayai menjadi mangsa dera ibu bapanya sendiri.

Mengulas lanjut beliau berkata, berikutan perubahan keadaan tersebut adalah menjadi tanggungjawab orang ramai untuk bersikap "menjaga tepi kain" jiran tetangga dalam konteks mengambil berat terhadap kebajikan jiran-jiran disekeliling.

Katanya, walaupun perbuatan itu kelihatan agak keterlaluan namun langkah itu adalah lebih baik demi keprihatinan menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa dera.

YB Fatimah gesa supaya orang ramai "jaga tepi kain orang lain" YB Fatimah gesa supaya orang ramai "jaga tepi kain orang lain" Reviewed by Unknown on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.