Jepun kini berhadapan dengan krisis populasi apabila mencatatkan kadar kelahiran paling rendah sejak 1899 tahun lalu.
Pada 2013, Jepun mempunyai jumlah warga tua yang tinggi iaitu 244,000
orang, manakala kadar kelahirannya menurun kepada 1.03 juta tahun lalu,
angka yang membimbangkan negara itu.
Sehubungan itu, kerajaan Jepun mengarahkan menteri wanitanya, Yuriko Koike merangka pelan untuk menangani situasi itu.
Antara penyelesaiannya yang akan dilakukan adalah dengan menjodohkan
lebih ramai pasangan menerusi kaedah kuno iaitu mencari jodoh untuk
anggota tentera yang masih bujang dengan wanita di seluruh pelusuk
Jepun.
Malahan, Perdana Menteri, Shinzo Abe memperuntukkan 3 billion yen untuk
bajet tahun fiskal 2014 bagi program meningkatkan kadar kelahiran
sebagai salah satu strategi menangani krisis populasi negara itu.
Buat pertama kalinya, pada 7 Julai ini kerajaan Jepun akan menganjurkan
pesta bertemu jodoh membabitkan 40 pasangan dengan harapan ia
berakhirnya ikatan perkahwinan.
"Situasinya serius sekali ketika ini dan untuk memastikan negara
mempunyai populasi generasi muda yang lebih ramai, kita perlu
menggalakkan rakyat untuk berkahwin.
"Sekurang-kurangnya 600,000 perkahwinan dicatatkan tahun lalu dan sasarannya adalah sehingga sejuta menjelang 2020," katanya.
Koike yang juga ketua Liga Parlimen Machikon-Konkatsu meletakkan sasaran
itu sebaik kumpulan itu dibentuk untuk menangani krisis populasi yang
makin meruncing itu, tahun lalu.
Minggu ini, kumpulan ini akan mengadakan persidangan membabitkan menteri
kanan, pegawai di kerajaan tempatan dan syarikat penemu jodoh untuk
merangka strategi bagi menggalakkan generasi muda Jepun yang ramai
berkahwin dan mendapat zuriat.
Walaupun ia misi yang sukar, tetapi kerajaannya tetap akan berusaha
menanganinya dengan membabitkan semua pihak dari ahli politik, syarikat
swasta dan masyarakat.-Ping Busuk
Pesta Cari Jodoh, Jepun Dapat Sambutan
Reviewed by uMieySurianie
on
May 29, 2014
Rating:
No comments: