ATLET pelapis kebangsaan Michael Sia cemerlang apabila
memperbaharui rekod temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi acara tukul
besi yang berlangsung di trek balapan Stadium Tuanku Syed Putra di sini.
Michael dari Sarawak membuat balingan sejauh 56.98 meter mengatasi rekod Sukma Pahang 2012 yang dilakukan oleh atlet kebangsaan Jackie Wong, yang tidak menyertai Sukma edisi ke-17 ini.
Pingat perak acara itu turut menjadi milik Sarawak menerusi Jackson Wong yang melakukan balingan sejauh 50.05m sementara pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah Rizhan Rajmi dengan balingan 46.55m.
"Kejayaan ini adalah untuk semua atlet Sarawak. Memang sangat gembira dapat mengatasi rekod senior saya sendiri (Jackie). Jackie juga banyak membantu saya dalam latihan, saya hanya perlu tenang pada hari pertandingan.
"Catatan ini adalah pencapaian peribadi terbaik saya pada tahun ini, namun saya perlu lebih konsisten dan berkerja keras untuk lebih kompetetif lagi," katanya kepada pemberita.
Michael, 20, juga menyifatkan kemenangannya kali ini lebih mudah berbanding Sukma Pahang 2012 susulan ketiadaan Jackie yang juga pemegang rekod kebangsaan 62.19m.
"Masih banyak perlu diperbaiki terutamanya dari segi kecergasan dan teknik balingan untuk layak beraksi ke Sukan Asia. Tetapi secara keseluruhan prestasi saya pada tahun ini semakin baik," katanya.
Sementara itu Elena Goh dari Wilayah Persekutuan meraih pingat emas pertama dalam acara olahraga yang membuka tirainya hari ini bagi kategori 5000m jalan kaki wanita.
Pada saingan pagi tadi, Elena mencatat masa 25 minit 59.38 saat meninggalkan atlet Johor, Pua Ling dengan 26:06.46s yang meraih pingat perak. Nur Aisyah Ahmat dari Sarawak pula meraih pingat gangsa dengan masa 26:15.83s.
Wilayah Persekutuan menambah pungutan emas menerusi acara lompat tinggi wanita apabila atletnya Yap Sean Yee melakukan lompatan setinggi 1.73m.
Pingat perak menjadi milik M. Shandyiani dari Selangor (1.69m) dan pingat gangsa diraih oleh Shahirah Sazali dari Perlis (1.63m). - Bernama

Atlet Sarawak perbaharui rekod acara tukul besi
Reviewed by uMieySurianie
on
May 29, 2014
Rating:
No comments: