PERLIS: Mohamad Aisamuddin Mohamad mengakhiri kemarau lapan tahun
pingat emas skuad tinju Sarawak dengan menjuarai kategori 56kg lelaki di
Arena Futsal, (KSN), Kangar semalam.
Petinju kelahiran Samarahan itu membenam atlet Pulau Pinang Jagadish Alongovan dengan kiraan mata 3-0 (28- 27, 30-27, 28-27).
“Saya mahu menghadiahkan emas ini kepada ibu yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya selama ini.
“Tidak
lupa juga kepada jurulatih Fred Mandagi yang terus memberikan
kepercayaan dan bimbingan selama saya menceburi sukan ini,” katanya
dengan nada gembira semalam.
Kejayaan Aisamuddin menggondol emas
turut dikongsi jurulatihnya, Fred Mandagi sambil melahirkan rasa bangga
dengan kemenangan beliau semalam.
“Saya mula melatih Aisamuddin
sejak beliau berusia 13 tahun dan beliau merupakan petinju yang sangat
berdisplin dan komited ketika latihan,” komennya.
Fred menambah
beliau juga sangat gembira dengan pencapaian atlet kali ini setelah
berjaya meraih satu emas dan dua gangsa pada SUKMA kali ini.
“Saya
sangat bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh atlet meskipun
mereka hanya menjalani latihan intensif selama dua bulan sebelum ke
sini,” tambahnya.
Sementara itu, pemanah Sarawak terus gah
menyumbang pingat emas ketiga dalam acara yang melabuhkan tirainya di
Politeknik TSS semalam.
Cheryl Rudang Goh Pei Loke, Kho Yee Ting
dan Wan Farah Aina Wan Ahamadi memastikan emas ketiga Sarawak dengan
menjuarai kategori Berpasukan Wanita (Pusingan Olimpik) Recurve.
Mereka mengutip markah keseluruhan 194 untuk mengatasi pemanah Kelantan yang meraih 174 mata untuk perak.
Kontinjen Sarawak berjaya memungut tiga emas, satu perak dan satu gangsa selepas bersaing selama enam hari dalam acara memanah.
“Syabas kepada semua pemanah setelah berjaya melepasi sasaran pingat emas kita.
“Kejayaan
ini adalah bonus untuk kontinjen negeri kerana saya hanya meletakkan
sasaran satu pingat emas,” jelas Ketua Jurulatih Abdul Razak Yaacob
semalam.
Di arena petanque Kompleks Sukan Negeri Perlis, Sarawak
mengutip satu lagi emas pada hari terakhir semalam bagi memastikan
mereka pulang dengan kutipan tiga emas, satu perak dan dua gangsa.
Emas terakhir dirangkul dalam acara Berpasukan Lelaki dengan menewaskan Terengganu 3-0.-Utusan Borneo
Aisamuddin hadiahkan pingat emas buat ibunya
Reviewed by uMieySurianie
on
June 04, 2014
Rating:
No comments: