Seo Services

Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Tersebar




Seperti yang dilaporan beberapa media sosial , pergaduhan ini dikatakan berlaku di pasar ikan pekan Keningau pada Ahad lalu melibatkan penduduk tempatan dan warga asing.

Video berdurasi 23 saat tersebut memaparkan seorang lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Jelas kelihatan seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan sedang mengejar sekumpulan lelaki.

Menurut laporan Mstar, Polis pada Selasa telah mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, pihak polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden tersebut dan dipercayai kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.

Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Tersebar Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Tersebar Reviewed by Admin on June 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.