Seo Services

Aspek kebersihan wajar dipertingkatkan.-Annuar.

Penyerahan kepada salah seorang penerima sumbangan-FotoRTMSarawak

SIBU: Seramai 95 orang peniaga kecil di sekitar Bandar Sibu menerima sumbangan peralatan serta mesin khas untuk perniagaan mereka di Majlis Penyerahan yang diadakan di Dewan Sepak Takraw, jalan Bandong, Sibu.

Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Ketika ditemui beliau menyatakan peralatan yang telah diberikan kepada mereka adalah salah satu alternatif dari pemberian wang tunai kerana dengan adanya sumbangan peralatan berupa mesin ini, penerima-penerima boleh memulakan dan membesarkan lagi perniagaan mereka sebelum ini.

Penyerahan tersebut yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nangka dan beliau telah menjelaskan bahawasanya masa bagi penyerahan ini amatlah bersesuaian sekali kerana ketibaan Bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

Beliau menambah , pihak FAMA kini juga mempunyai mekanisme khas untuk mengelakkan barangan bantuan yang telah diserahkan ini seperti menjual kepada orang lain.

“Ini memang berlaku, tetapi dalam proses baru ini, kita ada perjanjian kepada para penerima sumbangan tersebut dimana setiap penerima dikehendaki menandatangani perjanjian supaya barang yang telah diberi akan digunakan dengan baik dan selepas tiga bulan pihak FAMA akan pergi kerumah para penerima untuk memastikan barangan tersebut masih ada dan digunakan.”

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Annuar juga ada memberitahu bahawa pihak FAMA akan menjalankan penyelidikan dari segi pendapatan penerima dalam menentukan tahap peningkatan pendapatan mereka setelah menerima bantuan mesin mahupun peralatan.

Sumbangan ini adalah merupakan siri yang ketiga di kawasan Parlimen Sibu dimana ianya bernilai RM104ribu.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa beliau telah memohon bajet tambahan untuk tahun ini. 

Beliau juga menyeru supaya para peniaga-peniaga kecil sekitar Sibu supaya menitikberatkan aspek kebersihan dalam penyediaan produk makanan mereka.


Sumber:RTMSarawak.
Aspek kebersihan wajar dipertingkatkan.-Annuar. Aspek kebersihan wajar dipertingkatkan.-Annuar. Reviewed by Unknown on June 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.