Seo Services

Huntelaar musnahkan impian Mexico.


Mexico tersingkir gara-gara menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan Klaas Jan Huntelaar untuk kemenangan 2-1 Belanda.

Mendahului 1-0 ketika perlawanan berbaki dua minit di Fortaleza, anak buah Miguel Herrera begitu hampir untuk mara ke peringkat suku akhir sejak 1986 selepas terkandas di peringkat 16 sejak lima edisi lalu. Namun pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar menjadi watak pemusnah dengan kemasukannya.

Tandukannya kepada Wesley Sneijder pada minit ke-88 menjadi detik kebangkitan buat skuad Oranje sebelum menyepak masuk sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Arjen Robben dikasari Rafael Marquez.

Keputusan itu meremukkan impian Mexico yang mendahului menerusi tendangan deras Giovani dos Santos selepas tiga minit babak kedua berambung.

Belanda kelihatan bergelut dengan cuaca panas yang mencecah 38 darjah celcius. Pasukan bimbingan Louis van Gaal itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58, tetapi Stefan de Virj gagal melepasi ketangkasan Guillermo Ochoa.

Ochoa terus memainkan peranan besar apabila menafikan percubaan Robben pada minit ke-74.

Sehinggalah drama pada penghujung berlaku, gawang Ochoa dibolosi ekoran kelalaian benteng pertahanan yang memberi ruang kepada Sneijder untuk gol penyamaan.

Sumber:Olabola.
Huntelaar musnahkan impian Mexico. Huntelaar musnahkan impian Mexico. Reviewed by Unknown on June 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.