Seo Services

Jerman hilang Podolski

JERMAN menerima perkhabaran buruk apabila Lukas Podolski yang mengalami kecederaan otot gagal pulih menjelang pertembungan pusingan kalah mati berdepan Algeria di Porto Alegre, awal pagi esok.
 
Penyerang Arsenal itu ditimpa malang semasa beraksi menentang Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu.
 
Pengendali Die Mannschaft, Joachim Loew mengiakan perkembangan terbaharu ini dan tidak menurunkan Podolski pada pertemuan itu nanti.
 
"Sudah tentu beliau terlepas babak 16 pasukan terbaik bersama Jerman. Doktor memberitahu ototnya tertarik ke atas dan kami enggan ambil risiko.
 
"Podolski perlukan rehat dua atau tiga hari. Beliau mungkin akan kembali bermain jika Jerman layak ke suku akhir," katanya. Bagi rekod, Podolski sudah mengumpul 116 caps di peringkat antarabangsa.
 
Sementara itu, Loew agak gelisah kerana Jerome Boateng turut dilanda kecederaan meskipun difahamkan boleh disenaraikan beraksi bertemu Algeria.-Sinar Harian
Jerman hilang Podolski Jerman hilang Podolski Reviewed by uMieySurianie on June 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.