Seo Services

Sarawak Janji Turun Dengan Lebih Mantap Dalam Kempen Piala Malaysia



KUCHING: Jurulatih Sarawak Robert Alberts berjanji akan menampilkan pasukan lebih mantap bagi menghadapi kempen Piala Malaysia, bermula September ini.

Katanya tiga pemain import - Muamir Salibasic, Gabor Gyepes dan Hassan El Mohamad, yang tidak beraksi dalam empat atau lima perlawanan Liga Super akibat kecederaan, akan dapat bermain kembali apabila bermulanya kempen Piala Malaysia.

"Dengan kehadiran pemain luar, pasukan kami akan lebih kuat...ini tidak boleh diragukan.

Kami mempunyai pemain luar yang hebat dan kehadiran mereka di sini bukan sekadar untuk mencukupkan jumlah.

"Saya harap saya akan mempunyai pasukan lengkap untuk menghadapi Piala Malaysia," katanya selepas menyaksikan Sarawak kalah 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Liga Super di Stadium Negeri di sini, Rabu malam.

Alberts berkata pemainnya akan diberi rehat yang cukup (hingga 7 Julai) sebelum kembali berlatih untuk menghadapi kempen Piala Malaysia.

Sementara itu, ketika mengulas tentang kekalahan Sarawak kepada JDT, Alberts berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang kehilangan tiga pemain import.

"JDT menurunkan semua pemain luar mereka, sedangkan kami tidak dapat berbuat demikian dan ini memberi kesan besar kepada pasukan kami.

"Mereka mempunyai pemain luar yang mantap dan walaupun kami juga ada pemain luar, tapi mereka tidak dapat bermain kerana cedera," katanya.- BERNAMA
Sarawak Janji Turun Dengan Lebih Mantap Dalam Kempen Piala Malaysia Sarawak Janji Turun Dengan Lebih Mantap Dalam Kempen Piala Malaysia Reviewed by Unknown on June 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.