
Pendahuluan dividen bagi tahun2014 dimana melibatkan sebanyak RM115, 000 dan dibayar sebentar tadi supaya mengurangkan beban mereka bagi menjalankan persiapan untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Ladang Felcra Berhad Kampung Lingga yang telah mula dibangunkan sejak dari tahun 2008 di kawasan yang seluas 470 hektar serta mula membuahkan hasil pada tahun lalu.
Pihak Felcra Berhad menyatakan bahawasanya mereka yakin sekiranya pengeluaran hasil dan kadar harga komoditi sawit stabil, peserta-peserta dijangka akan terus dapat menikmati agihan dividen pada masa yang akan datang.
Sementara itu, Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Sarawak, Encik Idris Lasim dalam ucapannya menjelaskan setakat Mei 2014 pihak mereka telahpun mengagihkan sejumlah RM 6.6juta dividen kepada para peserta di seluruh Malaysia.
Majlis penyerahan dividen tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat., Datuk Hajah Rohani Abdul Karim.

Sumber:RTMSarawak.
115 peserta Felcra Lingga terima agihan dividen tahunan.
Reviewed by Unknown
on
July 13, 2014
Rating:
No comments: