13 JUL: Serangan sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di Mabul Water Bungalows Resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi mungkin akibat dendam dan mahu menakutkan pihak berkuasa yang semakin meningkatkan kawalan di Pantai Timur Sabah.
Kumpulan terbabit mungkin marah kerana kawalan ketat pihak Esscom menyukarkan kegiatan mereka termasuk menculik orang awam terutama pelancong dan pengusaha sangkar ikan yang berlaku sebelum ini.
Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah.
Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.
Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu.
Bagaimanapun, kumpulan bersenjata yang dipercayai memakai seluar celoreng dan menutup kepala dan muka menyerang hendap tiga anggota polis Marin Esscom menyebabkan seorang terbunuh manakala seorang lagi dipercayai diculik.
Ekoran itu satu operasi besar-besaran di udara dan laut sedang diadakan bagi memburu kumpulan lelaki bersenjata itu dipercayai seramai lapan oranbg dengan semua laluan keluar untuk melarikan diri dari Semporna telah disekat.
Dalam kejadian 11.10 malam tadi, Polis Marin, Koperal Rajah Jamuan 32 maut manakala rakaanya konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakiah Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan dengan kumpulan lelaki bersenjata itu di resort tesebut.
Petunjuk awal mendapati kumpulan lelaki bersenjata itu mungkin menyeberangi kawasan itu menggunakan bot sempornasabahmereka sebelum memanjat ke arah jeti resort melalui belakang bangunan berkenaan.
Mereka mula melepaskan tembakan secara rawak ke arah restoran, ruang menyambut tetamu dan jeti, sebaik sahaja mereka memasuki kawasan itu, sebelum melarikan diri.
Dua polis yang lain berjaya untuk melindungi diri ketika kejadian tembak-menembak berlaku.
Seorang lagi anggota polist, Sarjan Jeffridin yang berada di atas bot berhampiran turut jadi sasaran tetapi sempat berlindung.
Selepas kumpulan itu beredar, beliau terus membuat siasatan, yang kemudiannya mendapati dua rakannya hilang.
Mayat Rajah kemudiannya ditemui di bawah jeti.
Tiada orang awam termasuk pekerja resort atau pengunjungnya dilapokan cedera dalam serangan tersebut.-BNBBC
Serang hendap di Pulau Mabul mungkin bermotif balas dendam
Reviewed by Admin
on
July 13, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
July 13, 2014
Rating:

No comments: