Seo Services

50 doktor pakar akan terbang ke Gaza

13 JUL: Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza terus mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan perkembangan terbaru penyertaan 50 doktor pakar negara akan ke bum Palestin tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu kelmarin.

“Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal…setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.

Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan perubatan ketika ini

“Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis sumbangan zakat Projek Ehsan Tabung Haji (TH) peringkat negeri Melaka. Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Pada majlis tersebut TH menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM100,000 kepada 200 penerima.

Beliau berkata sehingga hari ini, seramai 43 sukarelawan termasuk 10 doktor telah menyatakan hasrat untuk menyertai misi tersebut.

Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk menghantar kira-kira 10 tan bantuan terdiri daripada peralatan perubatan dan makanan ke Gaza.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan atau sumbangan pakaian boleh menghubungi talian 03-22736004 atau menghantarnya ke bilik gerakan misi tersebut di No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.- BNBBC
50 doktor pakar akan terbang ke Gaza 50 doktor pakar akan terbang ke Gaza Reviewed by Admin on July 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.