Seo Services

Seorang Anggota Polis Maut Ditembak Dan Diculik Pengganas Sulu

SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom, telah mengorbankan seorang Anggota Polis  yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis  maut dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber,seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.

Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan Pengganas Sulu tersebut yang dipercayai berada disekitar pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa. - sumber : SGB

Seorang Anggota Polis Maut Ditembak Dan Diculik Pengganas Sulu Seorang Anggota Polis Maut Ditembak Dan Diculik Pengganas Sulu Reviewed by Admin on July 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.