Seo Services

Jerman tamatkan penantian 24 tahun


-jerman-tamatkan-penantian-24-tahun-

Jerman mengulangi kejayaan 1990 untuk bergelar juara buat kali keempat apabila mengalahkan Argentina 1-0 menerusi jaringan Mario Gotze pada minit ke-113.

Pasukan paling menyerlah sepanjang kejohanan ini bagaimanapun sukar mengulangi rentak ketika membelasah Brazil 7-1, namun pasukan bimbingan Joachim Low itu menemui sentuhan penyudah di masa tambahan untuk menghancurkan harapan Albiceleste.

Kemasukkan Gotze pada minit ke-88 yang menggantikan Miroslav Klose nyata membawa tuah menerusi voli dalam kotak penalti untuk menewaskan Sergio Romero yang sebelum ini sering menjadi penghalang utama.

Buat pertama kali Argentina menampilkan permainan hebat dalam kejohanan, namun terpaksa menelan kekecewaan sungguhpun memiliki peluang lebih baik sepanjang permainan.

Gonzalo Higuain melepaskan peluang berharga dalam pertengahan separuh masa pertama apabila sekadar merembat liar.

Dia bagaimanapun hampir menebus kesilapannya, namun golnya dibatalkan akibat ofsaid. Dalam masa tambahan, Schurrle turut menguji Romero dari jarak dekat dengan rembatan deras tetapi usahanya masih belum memadai.

Selepas itu Argentina hampir memecah kebuntuan perlawanan tetapi tindakan penyudah Rodrigo Palacio ketika berhadapan dengan Manuel Neuer mengecewakan jutaan penyokong juara dua kali itu.

Sumber: OlaBola.
Jerman tamatkan penantian 24 tahun Jerman tamatkan penantian 24 tahun Reviewed by Unknown on July 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.