Seo Services

Pembangunan luar bandar untuk kegunaan rakyat perkara utama Kerajaan laksanakan


KUCHING - Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara merupakan bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk memenuhi keperluan serta kehendak rakyat.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, pembangunan itu boleh dilihat menerusi kesungguhan kerajaan membina jalan raya, sekolah, hospital dan balai raya untuk kegunaan rakyat meskipun banyak rintangan serta cabaran untuk melaksanakan kesemua projek tersebut.

Katanya, kerajaan juga menyedari bahawa masih banyak kawasan yang belum dibangunkan sepenuhnya kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti terlebih dahulu.

"Rakyat harus menyedari kesemua projek yang dilaksanakan di setiap kawasan itu menggunakan wang mereka semula, justeru kerajaan harus teliti supaya peruntukan disalurkan adalah telus.

"Malah, kerajaan mahu setiap pembangunan yang dilaksanakan dapat diterjemahkan kepada keadaan rakyat iaitu membangunkan potensi modal insan pada tahap yang tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Surau dan Masjid serta Sumbangan kepada Warga Emas di Masjid Darul Hijrah di sini semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 227 warga emas dari lapan kawasan daerah Simunjan menerima bantuan sempena Ramadan.

Mengulas lanjut, Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu hanya melaksanakan pelbagai projek pembangunan tetapi rakyat masih ketinggalan.

Katanya, bagi memastikan pembangunan negara dan rakyat perlu bekerjasama dan bergerak seiring.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 di bawah Projek Mesra Rakyat bagi membina sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Masjid Darul Hijrah.

Tambahnya, pihaknya turut memohon sumbangan van jenazah daripada Amanah Raya Berhad (ARB) untuk kegunaan umat Islam di Simunjan.

Pembangunan luar bandar untuk kegunaan rakyat perkara utama Kerajaan laksanakan Pembangunan luar bandar untuk kegunaan rakyat perkara utama Kerajaan laksanakan Reviewed by Unknown on July 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.