Seo Services

Kampung Hulu Di Sebuyau Terima Rm50,000 Untuk Baik Pulih Surau

SEBUYAU, 13 Julai (Bernama) -- Impian penduduk Kampung Hulu di sini untuk beribadah di dalam surau yang lebih sempurna bakal tercapai apabila geran berjumlah RM50,000 diluluskan bagi membaik pulih surau terbabit.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sebuyau Datuk Julaihi Narawi ketika mengumumkan perkara itu berkata peruntukan akan diserahkan seawal-awalnya esok bagi membolehkan kerja membaik pulih dilakukan pada kadar segera.

"Saya juga berharap satu jawatankuasa dapat diwujudkan bagi mengenal pasti penduduk kampung berkebolehan untuk melakukan kerja baik pulih bagi menjimatkan kos," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini malam tadi.

Julaihi yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar berkata beliau turut meneliti beberapa lagi permintaan penduduk di kawasan itu antaranya pembinaan jeti nelayan, naik taraf jalan antara rumah ke rumah dan tanah perkuburan baharu.

Terdahulu, Julaihi turut menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kepada 28 penduduk yang turut menerima sumbangan Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (SABATI) daripada wakilnya yang juga isteri Julaihi, Datin Saadiah Buji.

-- BERNAMA
Kampung Hulu Di Sebuyau Terima Rm50,000 Untuk Baik Pulih Surau Kampung Hulu Di Sebuyau Terima Rm50,000 Untuk Baik Pulih Surau Reviewed by Admin on July 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.