Seo Services

Projek RM120 Juta Kini Dimanfaatkan Penduduk Batang Sadong - Nancy Shukri

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Tiga projek bernilai RM120 juta yang dilaksana oleh kerajaan di Gedong dan Simunjan dalam kawasan Parlimen Batang Sadong kini memberi manfaat besar kepada kira-kira 17,000 penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata projek jalan raya dan dua buah jambatan itu merupakan antara inisiatif kerajaan dalam membangunkan kawasan itu.

Projek ini telah dilaksana kerana kerajaan menyedari pembangunan di kawasan ini masih belum lengkap, katanya semasa berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada surau, masjid dan warga emas di Masjid Darul Hijrah, Simunjan, 160 kilometer dari sini, hari ini.

Nancy berkata pelaksanaan projek itu juga merupakan bukti kerajaan mengutamakan keperluan rakyat di kawasan luar bandar.

"Ada (projek-projek pembangunan) yang sedang dalam perbincangan dan perancangan, ada juga yang menunggu kelulusan," katanya.

-- BERNAMA
Projek RM120 Juta Kini Dimanfaatkan Penduduk Batang Sadong - Nancy Shukri  Projek RM120 Juta Kini Dimanfaatkan Penduduk Batang Sadong - Nancy Shukri Reviewed by Admin on July 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.