Seo Services

Polis Miri Tahan Tiga Petani Dan Rampas Senjata Buatan Sendiri


MIRI: Polis menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Madinah, Batu Niah Jumaat kerana dipercayai memiliki senjata buatan sendiri.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata tiga suspek berumur 26 hingga 35 tahun itu ditahan 10.50 pagi ini membabitkan seorang rakyat tempatan dan dua warga Indonesia. 

"Polis merampas selaras senapang patah buatan sendiri, tiga biji peluru dan sebilah pedang samurai dan mereka ditahan reman untuk membantu siasatan berkaitan pemilikan senjata api itu," katanya kepada Bernama.

Kes rampasan senjata api buatan sendiri itu ialah kes keempat dalam bulan ini di Bandaraya Miri, majoriti berlaku di kawasan luar bandar yang menggunakan senjata itu untuk memburu binatang.

Pada 9 Julai lepas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman dipetik berkata masalah senjata api buatan sendiri di Sarawak kini pada tahap 'membimbangkan' berdasarkan jumlah rampasan yang tinggi semasa Ops Cantas di negeri itu dengan kes tertinggi berlaku di Sibu dan Miri.- BERNAMA
Polis Miri Tahan Tiga Petani Dan Rampas Senjata Buatan Sendiri  Polis Miri Tahan Tiga Petani Dan Rampas Senjata Buatan Sendiri Reviewed by Unknown on July 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.