Seo Services

Rawatan bekam ketika berpuasa?

 
BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?, tanya seorang rakan kepada penulis ketika menyatakan hasrat untuk berbekam. Pada awalnya penulis juga ragu-ragu dan mempunyai persepsi yang sama.
 
Perkara yang dibimbangi mungkin rawatan itu akan menjejaskan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik-titik rawatan itu.
 
Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya, menurut Pemilik Pusat Terapi
Bekam Sunah Saujana Utama, Sungai Buloh, Suhaimi Abdul Karim.
 
Ini kerana rawatan sunah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul.
 
"Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan, sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit," katanya menjelaskan perkara itu.
 
Hukum
Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.
 
Jelasnya, rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.
 
Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati.
 
"Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.
 
"Apabila berbekam dalam keadaan perut kosong, yang keluar hanya darah gelap yang mengandungi toksin di badan jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi, ia memberi lebih manfaat kepada kesihatan," katanya kepada Bernama.
 
Suhaimi memberitahu, waktu paling sesuai untuk berbekam ketika berpuasa ialah pada waktu pagi bermula pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Tidak digalakkan berbekam selepas pukul 12 tengah hari bagi mengelakkan risiko terutama pengsan.
 
"Selepas tengah hari, kandungan gula dalam darah akan menurun. Darah yang keluar banyak ketika rawatan itu boleh mengundang risiko pitam atau pengsan.
 
"Namun, kadar risiko pengsan mereka yang melakukan rawatan bekam lebih rendah berbanding mereka yang menderma darah. Disebabkan itu, bagi mereka yang berpuasa menderma darah dilakukan pada waktu malam," katanya.-Kosmo


Rawatan bekam ketika berpuasa? Rawatan bekam ketika berpuasa? Reviewed by uMieySurianie on July 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.