Seo Services

14 buah rumah perkampungan air di Lawas musnah dalam kebakaran.


LIMBANG: Penghuni 14 rumah di sebuah perkampungan air di sini tinggal sehelai sepinggang selepas satu insiden kebakaran berlaku di Kampung Manangah, Awat-Awat dalam daerah Lawas semalam.

Ketua Bomba Zon Limbang Anuar Shadzat Merdzuki berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.58 petang dan pihaknya tiba di lokasi kejadian pukul 4.30 petang.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal dalam tempoh sejam dan pihaknya, dengan kekuatan 22 pegawai bomba, dua jentera, sebuah bot serta empat pam air, terpaksa berdepan kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian kerana terpaksa menyeberangi sungai.

"Tiada kemalangan jiwa berlaku, kita telah berjaya menyelamatkan 22 rumah di kampung tersebut daripada kebakaran dan punca kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur sebuah rumah penduduk kampung," katanya kepada Bernama.


Ini adalah kebakaran kedua yang membabitkan penduduk perkampungan air di Limbang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Pada 18 Julai lepas, persiapan Syawal 15 keluarga dari Kampung Seberang Kedai musnah dalam satu kebakaran yang meranapkan perkampungan air itu. Tragedi sama menimpa Kampung Awat-Awat Lawas pada 29 Okt 2013 yang menyebabkan 35 keluarga hilang tempat tinggal.- BERNAMA
14 buah rumah perkampungan air di Lawas musnah dalam kebakaran. 14 buah rumah perkampungan air di Lawas musnah dalam kebakaran. Reviewed by Unknown on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.