KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan bagi tempoh 72 jam akan datang dengan keadaan angin kencang sehingga 50 kmph dan ketinggian ombak sehingga mencapai 3.5 meter.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi pada Khamis, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga tengah hari Khamis.
Sementara itu aktiviti ribut petir di perairan Bunguran, Reef South, Reef North dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga tengah hari ini.
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora 72 Jam Akan Datang
Reviewed by Admin
on
August 14, 2014
Rating:
No comments: