Seo Services

Ancaman kekurangan air belum lagi berakhir, pengguna dinasihat berjimat dalam pengunaan air

KUCHING: Walaupun paras air di reservior-reservior di Sarawak telah hampir kembali ke tahap normal, pengguna dinasihatkan agar terus berjimat ketika menggunakan air kerana insiden kekurangan bekalan air mungkin boleh berulang.
Timbalan Pengarah (Pengurusan Aset) Jabatan Kerja Raya (JKR) Danien Rangu berkata kita masih belum terlepas lagi dengan musim El-Nino ini yang dijangka akan bermula pada September dan sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh dua minggu akan datang, kejadian kekurangan air mungkin berlaku lagi.
"Oleh kerana musim kemarau, proses pengumpulan air dalam reservior kami telah kekurangan air secara drastik dan mengakibatkan bekalan air tidak mencukupi untuk disalurkan ke loji rawatan air untuk dibekalkan kepada orang ramai."
"Selain daripada musim kemarau, beberapa faktor-faktor lain juga menyumbang kepada masalah kekurangan air di reserviors kami seperti pembalakan utama dan aktiviti perladangan besar-besaran yang boleh mengubah arah aliran air jauh dari loji pengumpulan air kami."
Danien berkata demikian ketika ditemui pemberita pada di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri JKR Kuching yang diadakan di Ibu Pejabat JKR Kuching di Batu Lintang berhampiran bandaraya ini pagi tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar akan senario ini dan pilihan terbaik untuk mengatasinya adalah dengan membina lebih banyak air reservior bagi mengumpul air di lokasi-lokasi yang lebih strategik. - Sarawakiana.
Ancaman kekurangan air belum lagi berakhir, pengguna dinasihat berjimat dalam pengunaan air Ancaman kekurangan air belum lagi berakhir, pengguna dinasihat berjimat dalam pengunaan air Reviewed by Admin on August 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.