Seo Services

6 Bahagian Wanita Mahu Disentuh Lelaki



Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Ketahuilah bahawa wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya membantu dirinya terangsang lebih ghairah.

Rambut

Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggaya rambut memberi kepuasan hati wanita. Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tetapi boleh membuatkan pasangan anda lebih manja.

Pinggul

Fokus pada pinggul pasangan merupakan idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda. Menyentuh pinggul pasangan anda akan menimbulkan 'getaran' buat pasangan kerana ia dianggap situasi romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Kaki

Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan yang mendebarkan. Hal ini kerana, kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih manja di sisi anda. Guna minyak aromaterapi atau losen yang membantu memberi rasa ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda!

Telinga

Ramai yang tidak tahu bahawa telinga juga merupakan bahagian sensitif wanita. Percaya atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil memandang tepat pada matanya. Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga mereka sambil bisik perkataan "You look sexy".

Tapak tangan

Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tetapi jarang mengetahui tentang kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap anda. Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan membuatkan mereka lebih bertenaga.

Bahu

Salah satu cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu. Menyentuh belakang badan serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya!

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan yang pemalu. Mengetahui bahagian lain yang belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan kemahuan anda.
6 Bahagian Wanita Mahu Disentuh Lelaki 6 Bahagian Wanita Mahu Disentuh Lelaki Reviewed by Unknown on August 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.