Seo Services

Anda suka Berselfie Tanpa Baju, tetapi Adakah anda Spornoseksual?


Apakah Maksud Spornoseksual?

Istilah ini merujuk kepada Prilaku atau Sikap Lelaki Berkongsi Gambar Badan di laman sosial. Kebanyakan gambar yang dikongsikan golongan Spornoseksual ini adalah berbentuk selfie yang bertujuan mempamerkan bentuk badan yang sasa kepada umum. Apakah ciri-ciri lelaki spornoseksual.

Wujudkah Golongan Spornoseksual di Malaysia taupun ia lebih dekat dengan golongan Gay?

Antara selebriti lelaki tempatan yang gemar memuat naik gambar-gambar fizikal mereka yang sasa lagi hebat di laman sosial Instagram iaitu Nazim Othman, Anding, Ryzal Jaafar dan tidak ketinggalan finalis pencarian HimByHatta, Afifi Razi atau Pipi Razi.



“Sekarang ini, semua yang ke gim mahu memiliki badan yang cantik, jadi secara tidak langsung mereka mahu menunjukkan perkembangan tubuh masing-masing selepas bersenam.

“Kepada mereka yang selfie tanpa baju tujuannya ialah untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan selfie adalah salah satu cara untuk menunjukkan hasil kerja keras yang dilakukan,” katanya yang dihubungi.


Spornoseksual berasal dari gabungan perkataan sukan (sport) dan porno (porn) yang telah didedahkan Simpson menerusi artikel berjudul The Metrosexual is Dead. Long Live The ‘Spornosexual’.

Kebanyakan lelaki spornoseksual boleh ditemui di gim dan gemar mengenakan singlet, baju-T berleher V atau langsung tidak berbaju.


Melihat kepada laman Instagram Anding (Andingindrawani), pelakon kacak berkenaan sememangya kerap menjalani aktiviti senaman di dalam gimnasium dan telah berkongsi banyak foto selfie yang menayangkan otot di badannya.

Tetapi, walaupun mereka terlibat dengan spornoseksual, tidak bermakna mereka adalah golongan GAY!
Anda suka Berselfie Tanpa Baju, tetapi Adakah anda Spornoseksual? Anda suka Berselfie Tanpa Baju, tetapi Adakah anda Spornoseksual? Reviewed by Unknown on August 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.