PETRA JAYA: Suspek utama kes pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Zulkipli Abdullah, 23, menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Aidan Brunger, 23 dan Neil Gareth Dalton, 22, di Jalan Abell, Kuching antara jam 4.10 pagi hingga jam 4.15 pagi 6 Ogos lalu.
Majistret Portia Tham Ong Leng, menetapkan 19 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, empat suspek berusia 19 hingga 55 tahun yang turut ditahan bersama Zulkipli, dibebaskan dengan jaminan polis dan mereka akan dipanggil untuk menjadi saksi perbicaraan.-BH
Suspek utama kes bunuh 2 pelajar Britain didakwa
Reviewed by uMieySurianie
on
August 19, 2014
Rating:
No comments: