Seo Services

Baca novel 'Rindu Awak 200%' secara online


Drama adaptasi novel Rindu Awak 200% mula mendapat tempat dan perhatian ramai. Dek kerana ini, ramai juga yang mahu mencari novel Rindu Awak 200% secara online. Mungkin kerana mahu tahu cerita selanjutnya lebih awal sebelum drama bersiri ini tamat ke penghujung.

Novel Rindu Awak 200% boleh dibaca secara online kerana penulis novel tersebut adalah seorang blogger. Novel yang ditulis oleh Liyana Zahim ini boleh diikuti di blognya sejak tahun 2013 lagi, walaupun jelas novel ini menjadi antara yang paling laris atau top seller pada tahun 2013.

Ada 20 bab dalam novel cinta romantis ini. Sedikit berbeza dengan drama yang mempunyai 28 episod. Drama Rindu Awak 200% telah diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar.

Anda boleh baca novel Rindu Awak 200% secara online mengikut bab-bab yang telah disediakan oleh Liyana Zahim seperti yang dikongsikan di bawah ini


Baca novel 'Rindu Awak 200%' secara online Baca novel 'Rindu Awak 200%' secara online Reviewed by Unknown on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.